Ramai yang tercari cari akan bagaimana Buat Duit Dengan Affiliate. Sebelum saya menjelaskana akan kaedah Buat Duit Dengan Affiliate ini, ada baiknya anda fahamkan dulu akan apa itu affiliate. Jika anda faham akan struktur affiliate itu sendiri, maka mudahlah anda untuk mengikuti dan memahami akan bagaimana caranya untuk anda buat duit dengan affiliate. Ada pelbagai kaedah untuk anda mendapatkan pembeli produk affiliate samada dari Facebook, Twitter, email marketing mahupun melalui blog. Sebagai seorang blogger saya lebih memilih untuk berkongsi pengalaman saya “Buat Duit Dengan Affiliate” melalui blog. Anda berminat? Baca selanjutnya.
Untuk tahun 2014 ini saya telah menetapkan yang saya perlu sekurang kurangnya mampu untuk mendapat hasil komisen jualan minima RM200 sebulan dari blog melalui produk affiliate. Mungkin bagi sesetengah orang nilai ini kecil. Ya memang kecil, saya tidak mahu menetapkan sasaran tinggi takut kecewa walaupun sebenarnya saya mampu dapat lebih dari itu. Sebenarnya Buat Duit Dengan Affiliate ini adalah salah satu sumber pendapatan pasif yang sangat baik lagi lagi bagi seorang blogger. Bayangkan kalau senantiasa terkejut apabila saya mendapat notifikasi melalui email yang saya telah menerima komisen hasil julan produk sekian dan sekian sedangkan saya langsung tidak buat promosi. Bukankah itu pendapatan pasif yang terbaik bagi blogger. Cumanya anda perlulah mempunyai blog untuk mengikuti saya.
Bagaimana Buat Duit Dengan Affiliate Guna Blog
Sebenarnya jika anda ingin Buat Duit Dengan Affiliate menggunakan blog sangat tidak susah. Apakah beza anda menulis untuk suka suka dengan menulis untuk produk affiliate. Bagi saya tiada beza langsung. Yang berbeza adalah ayat penulisan anda sahaja. Anda menulis untuk mempromosi akan produk affilate anda. Itu sahaja. Dan kalau ada pelawat (visitor) yang datang singgah ke blog anda dan berminat membeli produk tersebut melalui blog anda, maka anda secara automatik telah berjana menjana dan mendapatkan komisen hasil dari pembelian produk tersebut. Mudah bukan.
Secara ringkasnya, anda perlukan sebuah blog, mesti menghasilkan entry berkualiti untuk mempromosi produk yang ingin anda jual, mesti menghasilkan minima 3 artikel yang berlainan untuk produk yang sama, dan jangan lupa meletakkan link affiliate produk anda kedalam entry yang anda hasilkan. Tambahan kepada anda, entry artikel yang dihasilkan perlu mempunyai ciri-ciri SEO yang baik supaya engin carian Google lebih menyukai artikel anda. Saya harap ringkasan cara Buat Duit Dengan Affiliate ini mudah untuk anda fahami dan segala pertanyaan boleh dikemukakan diruangan komen dibawah. Terima Kasih.
0 komentar: