Sunday, 19 January 2014

Cara Cara Meningkatkan Earning Google Adsense

Sunday, 19 January 2014 - by Unknown 1

Cara Cara Meningkatkan Earning Google Adsense . Beberapa hari yang lepas saya agak lambat mengupdate entry. Ini kerana saya ada minat yang lain dan sedikit sibuk iaitu mengkaji cara cara meningkatkan pendapatan google adsense. Saya tahu kebanyakkan dari kita iaitu para blogger semua pasti tahu apa itu google adsense. Walaupun tahu apa itu google adsense, masih lagi ramai diantara kita sedikit sekali menggunakan khidmat google adsense.

Google Adsense Logo
Google Adsense Logo
Hasil kajian, saya mendapati ramai diantara kita membuat beberapa kesilapan dalam menjana earning adsense. Perkara pertama yang perlu kita faham didalam adalah jangan sesekali atau dilarang sama sekali mengklik iklan sendiri. Jangan ambil risiko seperti ini. Bila sudah kena banned menyesal tidak berguna lagi.
Rasanya untuk apply adsense sekarang semakin mudah apabila google telah pun menerima indonesia termasuk didalam senarai bahasa yang dibenarkan didalam google adsense. Percaya atau tidak, lihat sahaja iklan google adsense diblog saya ini sentiasa terpapar dan tidak seperti dahulu apabila terpaksa menggunakan khidmat google friend connect untuk menyebabkan iklan google adsense keluar dan terpapar didalam blog.
Apabila sudah di approve google adsense, biasanya kita akan lihat terlalu banyak saiz saiz iklan yang ditawarkan. Bagi saya anda mencuba dahulu pelbagai saiz saiz iklan dan menunggu untuk melihat saiz iklan mana yang menyumbang kepada tingginya earning, maka iklan itu dipilih. Dan perlu diingat biasanya hanya sebanyak 3 iklan sahaja yang dibenarkan untuk diletakkan didalam satu satu page. Jangan letak terlalu banyak sehingga mengganggu pembacaan utama entry post anda.
Kedudukkan iklan mestilah dikawasan yang mudah nampak seperti banner panjang diatas 728×90, banner kotak 336×280 didalam entry dan banner panjang kebawah 160×600 disebelah kanan. Iklan yang diletakkan didalam setiap post juga baik iaitu jenis tulisan 728×15.
Warna link iklan adsense seharusnya perlulah menyamai dengan warna theme blog kita. Katakan link link diblog kita berwarna merah, maka link iklan adsense juga haruslah dicustom menjadi warna merah supaya kebarangkalian untuk diklik menjadi tinggi. Jangan risau, setting warna link dan sebagainya ada didalam akaun google adsense itu sendiri.
Kalau boleh tolong hilangkan garis tepi kotak iklan adsense kita. Seperti yang saya nyatakan tadi, semaksimum mungkin kita kalau boleh jadikan iklan adsense “sebati” dengan corak dan warna theme blog kita supaya tidak kelihatan keterlaluan seperti iklan.
Didalam beberapa kajian saya yang secara tidak formal ini, PELIK TETAPI BENAR apabila jumlah klik pada iklan google adsense sangat tinggi mengatasi klik di iklan nuffnang, adsense atau apa apa saja pengiklan yang lain. Hakikat ini tidak dapat ditolak apabila iklan adsense mendapat beberapa jumlah klik akan tetapi hampir sedikit atau tiada langsung klik yang didapati pada nuffnang. Pelik bukan?
Lagi satu sebelum saya tertinggal pasal info yang sangat penting ini iaitu Traffic. Tidak kira mana mana program pendapatan yang kita ceburi, satu hakikat yang tidak dapat kita tolak iaitu Traffik. Tanpa TRAFFIK kita tidak mampu menjana pendapatan online dengan Google Adsense ini. So… tingkatkan kualiti post entry dan juga traffik. Traffik yang stabil mampu memberi pulangan pendapatan online yang stabil…….. Selamat Mencuba……:)

About the Author

Write admin description here..

1 comment:

Sponsor

Contact Us

Name

Email *

Message *

© 2013 Ilmu Komputer. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9